MENU

Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2018 telah diadakan pada 20 RabiulAkhir 1439H / 08 Januari 2018 bertempat di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Center, Kota Bharu. Penyampaian Watikah ini telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan. Yang DiPertua MDD telah menerima watikah pelantikan ini bagi pihak Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Dabong.