MENU

Kos Tambang:

Keretapi (KL Sentral) KL - Dabong
Express Wau KL 2005hr to 0551hr Dabong
Dabong 2024hr to 0710hr KL
RM25 ekonomi duduk/Rm35 superior duduk/RM43 katil atas

Kos lain:

  • Bayaran RM80 sehari seorang jurupandu untuk 12 orang peserta.
  • Tambang Bot RM2 (jika menaiki keretapi ke Stesen Dabong atau melalui Gua musang)
  • Perkhidmatan teksi/van untuk membawa anda ke Stong Hill Resort RM4 seorang pergi balik RM8
  • Bayaran masuk ke Stong Hill Resort RM2 untuk seorang. (Kena lalui Stong Hill Resort utk ke gunung Stong. )
  • Jurupandu RM80/hari, yuran masuk RM2/seorang, kem RM3/seorang/sehari

Pendakian bermula dari Stong Hill Resort ke Base Camp pertama iaitu Baha's Camp yang memakan masa selama 2 jam.Di Baha's Camp disediakan chalet yang diperbuat dari bahan-bahan hutan seperti buluh dan tapak perkhemahan.

Di sini terletaknya Air Terjun Jelawang yang dikatakan yang tertinggi di Asia Tenggara.Ia juga dipanggil Air Terjun Stong .Dengan hanya melangkah dalam beberapa minit dari Baha's Camp anda berada Kolam Tuan Puteri .Mengikut cerita yang mengjadi lagenda, pada suatu masa dahulu terdapat tujuh orang puteri mandi-manda di sini.

Dengan berjalan selama 25 minit dari Baha's Camp anda akan tiba ke Telaga Tujuh.Terdapat juga beberapa tempat menarik berhampiran dengan Baha's Camp yang boleh dikunjungi seperti Gua Bogor dan Gunung Ayam.Gunung Ayam merupakan puncak tertinggi di sini pada ketinggian 1504 meter.