MENU

Kebiasanya pengunjung akan bermalam di Baha's Camp sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Stong.Perjalanan Ke puncak dari Baha's Camp memakan masa dalam satu setengah jam. Setiba di puncak Gunung Stong kedatangan anda bagaikan disambut oleh bongkah batu besar.Gunung Stong mendapat namanya dari bongkah batu besar ini."Stong" berasal dari perkataan inggeris yang bermaksud "stone", kemudiannya bertukar menjadi "stong' mengikut slanga penduduk setempat.

Dari Dabong, perkhidmatan teksi persendirian mudah diperolehi untuk ke Gunung Stong kira-kira 15 minit perjalanan. Dari Kota Bharu, bas ekspres Transnasional No.8 beroperasi 4 perjalanan sehari ke Gua Musang dan boleh mendapatkan teksi ke Gunung Stong kira-kira 1 jam masa perjalanan.

 

  • Stesen Teksi Kota Bharu RM 120 Sehala
  • Stesen Teksi Gua Musang RM 60 Sehala