Senarai Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Majlis Dan Laman Web.
Soalan 1:
Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
Jawapan:
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Soalan 2:
Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
Jawapan:
Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.
Soalan 3:
Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa?
Jawapan:
Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.
Soalan 4:
Jika pihak yang di pertanggunajawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?
Jawapan:
Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.
Soalan 5:
Apakah warna tong kitar semula?
Jawapan:
Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :
-
Warna Biru - Untuk kertas
-
Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik
-
Warna Coklat - Untuk kaca
Soalan 6:
Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?
Jawapan:
Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.
Soalan 7:
Apakah yang menyebabkan berlakunya demam denggi?
Jawapan:
Virus denggi.
Soalan 8:
Apakah jenis nyamuk yang membawa virus denggi?
Jawapan:
Nyamuk Aedes.
Soalan 9:
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil diluar kemampuan saya untuk membayar?
Jawapan:
Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada mddabong@kelantan.gov.my